Ahad, 1 Januari 2012

siapa mahir zain?

Maher Zain kini menjadi sebuah fenomena di Malaysia.

Lagu-lagunya bukan sahaja didengar oleh peminat nasyid tetapi turut didengari oleh mereka yang selama ini membenci nasyid.

Kawan-kawan yang 'sempoi' pun boleh menangis apabila mendengar lagu Maher Zain.

Selain suaranya yang merdu, susunan muzik lagu-lagunya sangat indah.

Malah liriknya bermakna dan memberikan kesan mendalam kepada pendengar.

Menurut sumber yang saya peroleh, setiap lagu yang dinyanyikan oleh beliau telah melalui proses penapisan.

Proses tersebut bertujuan untuk memastikan setiap lagu yang disampaikan mampu memberi kesan emosi kepada pendengar atau dengan kata lain, mampu menyentuh hati pendengar.

Siapa Maher Zain?

Teringin juga mengenali siapa sebenarnya penasyid yang hebat ni.

Rupanya beliau merupakan seorang rakyat Sweden yang berketurunan Lubnan. Keluarganya berpindah ke Sweden ketika umur Maher Zain 8 tahun.

Beliau kemudian bersekolah di sana dan seterusnya melanjutkan pengajian ijazahnya dalam kejerutaan aeronautik.

Kemudian beliau berpindah dan menetap di New York selama beberapa tahun kerana minat yang mendalam terhadap muzik.

Menurut Maher Zain, walaupun meminati muzik, tetapi beliau merasa bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengannya.

Oleh kerana itu pada Januari 2009 beliau beralih arah kepada muzik yang menggambarkan identiti beliau sebagai seorang muslim.

Selepas itu beliau menandatangani kontrak dengan syarikat Awekening Records yang berpangkalan di United Kingdom.

Maka lahirlah album debutnya "Thank You Allah" yang terus menduduki tangga pertama di carta Amazon's World Music. Hebat!

Saya doakan agar Maher Zain dapat meneruskan kecemerlangan beliau.

kaka bakal masuk islam????

Assalamualaikum

Tonggak utama Real Madrid, Kaka dikatakan bakal masuk Islam selepas beliau dan isteri mengikuti sebuah majlis ilmu mengenai pengenalan terhadap Islam di salah sebuah masjid di negara Arab.




Heboh didalam facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkenal nih telah memeluk agama islam,Tak silap aku gambar nih diambil pada 26./12 baru-baru nih di sebuah masjid di Dubai.Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid nih.Kalau berita nih benar alhamdulillah.Bertambah lagi umat islam didunia nih.Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa..

p/s: yang dah Islam tu, jagalah kesucian agama kita ya